Thursday, 2 February 2012

PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM - PEMBINAAN MASJID

Negara Islam pertama dalam sejarah Islam ialah Negara Madinah. Nama asal Negara Madinah ialah Yasrib.Selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW bersama umat Islam Mekah...Rasulullah telah menukar nama Yasrib kepada Negara Madinah...

Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah dalam mewujudkan Negara Islam ialah membina massjid. Masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat Islam Masjid Quba'. Masjid Quba' dibina ketika dalam perjalanan penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah.

Sampai sahaja di pintu Kota Madinah, mereka di sambut oleh masyarakat Madinah dengan gembira dan bersyukur. unta yang dinaiki oleh Rasulullah tidak terus berhenti tetapi unta Baginda telah berhenti di satu tanah milik 2 orang anak yatim iaitu Sahal dan Sahil. Mereka mahu memberikan tanah mereka kepada Nabi Muhammad tetapi Nabi Muhammad telah mengarahkan tanah tersebut di dirikan sebuah lagi masjid iaitu Masjid Nabawi. Masjid Nabawi adalah massjid pertama didalam Kota Madinah.

Fungsi masjid pada zaman Rasulullah dengan zaman masa kini tidak jauh berbeza kerana masjid masih lagi digunakan oleh umat Islam sebagai tempat bersolat,bermusyawarah,belajar agama dan sebagainya. Namun pada masa kini masjid semakin dilupakan oleh golongan remaja...masjid dibina gah dan besar hanya segelintir sahaja yang akan bersolat berjemaah. ini berbeza ketika zaman Rasulullah yang sanggup berhimpit2 untuk mengerjakan solat secara berjemaah di masjid.

No comments:

Post a Comment