Thursday, 2 February 2012

PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM - DARI SEGI AKIDAH

Akidah dari segi bahasa ialah kepercayaan. dari segi Istilah pula...akidah bermaksud kepercayaan yang kuat. sebelum kedatangan Nabi Muhammad dan umat Islam ke Madinah, masyarakatnya hidup berpuak-puak dan percaya kabilah mana yang mampu melawan kabilah yang lain maka kabilah tersebutlah yang paling di geruni dan menadi ketua dalam semua kabilah tersebut.

Masyarakat ketika itu dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka jahil atau bodoh tentang agama. Walaubagaimanapun...mereka masih maju dari segi bidang ekonomi negara. Masyarakat Madinah handal dalam perniagaan dan seni bina. mereka percaya bahawa pokok, matahari, bulan, bintang, batu, berhala itu adalah tuhan yang sebenarnya..

Namun setelah kedatangan Islam..Rasulullah telah menukar kepercayaan atau akidah mereka daripada mempercayai makhluk yang diciptakan Allah itu tuhan kepada Allah SWT itulah Tuhan Yang Esa. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kebanyakkan daripada mereka mempercayai kata-kata Rasulullah namun masih ada lagi kabilah yang menentang dan tidak mempercayai aaran yang di bawa oleh Rasulullah ketika itu.

No comments:

Post a Comment